Tuesday 9 August 2011

TARIK UPIH


DAM AJI


CONGKAK


BATU SEREMBAN


GULI


KONDA KONDI


GASING


GALAH PANJANG


PERMAINAN TRADISIONAL

GASING

Permainan gasing memerlukan seseorang pemain mempunyai teknik kemahiran yang tersendiri. Permainan ini dimainkan di merata-rata tempat di negara ini. Gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Permainan ini dimainkan selepas musim menuai. Di Pantai Barat Semenanjung, gasing yang dimainkan adalah daripada jenis yang kecil serta mempunyai banyak bentuk.
        Terdapat dua pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan. Pasukan ini terdiri daripada pasukan pemusing pasukan pemangkah. Pemusing akan memusingkan empat biji gasing di dalam bulatan. Pasukan pemangkah pula akan cuba memangkah dan mematikan gasing lawannya. Pasukan itu akan terus memangkah sekiranya tidak melanggar undang-undang permainan. Sekiranya pihak pemangkah melanggar undang-undang. Markah sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemusing yang berjaya memangkah. Pasukan yang memperoleh mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan menjuarai pertandingan itu.


GALAH PANJANG

Permainan tradisional ini dimainkan di luar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa ketika pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan, iaitu terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan pertahanan.
        Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat orang dan kebiasaannya terdiri daripada sepuluh pemain sahaja. Salah seorang daripada ahli kumpulang itu akan dilantik sebagai ketua dan yang lainnya sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu bdi sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan di sekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

PERMAINAN TRADISIONAL

TATING LAWI

Tating lawi merupakan jenis permainan laman. Tujuan permainan adalah untuk menating bola lawi. bilangan pemain dalam permainan ini adalah tidak terhad. Alatan yang digunakan dalam permainan ini ialah bola lawi.

Saturday 9 July 2011

Modul Teknik Mengajar Cara Menulis Format Laporan

MODUL
TEKNIK MENGAJAR
CARA MENULIS
FORMAT LAPORAN

Disediakan oleh,
NAZMAL BIN MUSA




TEKNIK MENGAJAR CARA MENULIS FORMAT LAPORAN

A.        Lukis rajah segi tiga kaki sama dan tiga garis lintang sama panjang,

                                                                                 
                                                                                 
                                                                                 

B.        Labelkan dengan nombor 1 hingga 7.
      

                                                     

C.        Nyatakan fungsi-fungsi nombor tersebut.

                              1.            Tajuk Laporan

-          Huruf  besar pada pangkal kata
-          Digarisi
-          Kata sendi huruf kecil
-          Ditulis di tengah-tengah
               2.      Karangan
                        -     Pendahuluan
                        -     Isi-isi
                        -     Penutup
               3.      Pengakuan Pelapor
                        -     Contoh:   Disediakan oleh,
               4.      Tarikh
                        -     Bahagian kanan.
                        -     Nama bulan huruf  besar sepenuhnya
               5.      Tandatangan Pelapor
               6.     Nama Pelapor
                        -    Nama pelapor huruf besar sepenuhnya
                             Contoh:     FUZAIMI BIN MANSOR
               7.     Jawatan Pelapor
                             Contoh:     Setiausaha,
                                               Persatuan Bahasa Melayu.
                                               Sekolah Kebangsaan Malim.

Contoh Laporan