Tuesday 9 August 2011

PERMAINAN TRADISIONAL

GASING

Permainan gasing memerlukan seseorang pemain mempunyai teknik kemahiran yang tersendiri. Permainan ini dimainkan di merata-rata tempat di negara ini. Gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Permainan ini dimainkan selepas musim menuai. Di Pantai Barat Semenanjung, gasing yang dimainkan adalah daripada jenis yang kecil serta mempunyai banyak bentuk.
        Terdapat dua pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan. Pasukan ini terdiri daripada pasukan pemusing pasukan pemangkah. Pemusing akan memusingkan empat biji gasing di dalam bulatan. Pasukan pemangkah pula akan cuba memangkah dan mematikan gasing lawannya. Pasukan itu akan terus memangkah sekiranya tidak melanggar undang-undang permainan. Sekiranya pihak pemangkah melanggar undang-undang. Markah sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemusing yang berjaya memangkah. Pasukan yang memperoleh mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan menjuarai pertandingan itu.


GALAH PANJANG

Permainan tradisional ini dimainkan di luar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa ketika pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan, iaitu terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan pertahanan.
        Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat orang dan kebiasaannya terdiri daripada sepuluh pemain sahaja. Salah seorang daripada ahli kumpulang itu akan dilantik sebagai ketua dan yang lainnya sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu bdi sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan di sekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

No comments:

Post a Comment